Notis Privasi

(Klik disini untuk versi English)

Maklumat Peribadi – Notis dan Keizinan

Kepada Pelanggan Yang Dihargai,

Easturia Vacation Club (“EVC”), (dikendalikan oleh Sara Worldwide Vacations Berhad) sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965 dari masa ke semasa, meletakkan kepentingan untuk mengikuti sebarang perubahan perundangan dan peraturan. Memandangkan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 sedang dikuatkuasa, kami sedang mengambil langkah-langkah untuk memastikan bahawa kami mematuhi Akta yang baru ini. Sebagai sebahagian daripada hari-ke-hari Easturia Vacation Club, Easturia Vacation Club mengumpul Maklumat Peribadi anda apabila anda memohon keahlian kami atau melanggan mana-mana perkhidmatan kami atau berkomunikasi dengan kami. Sebagai balasan, kami mungkin menggunakan maklumat ini untuk menyediakan anda dengan perkhidmatan kami, mengekalkan rekod kami, menghantar maklumat yang relevan kepada anda, promosi dan maklumat terbaru tentang produk.

Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP’), kami dikehendaki memaklumkan kepada anda:
I.    tentang jenis Maklumat Peribadi yang kami kumpulkan dan bagaimana kami mengumpulnya;
II.    bagaimana kami menggunakan Maklumat Peribadi anda;
III.    pihak-pihak yang kami dedahkan Maklumat Peribadi;
IV.    pilihan anda berkaitan dengan sejauhmana hak Maklumat Peribadi yang anda berikan;
V.    perbezaan antara maklumat yang dianggap wajib atau pilihan; dan
VI.    bagaimana anda mengakses dan mengemaskini Maklumat Peribadi anda.

Bagi maksud Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

•    “Maklumat Peribadi” merujuk kepada apa-apa maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung kepada anda dan/atau transaksi anda dengan kami. Maklumat ini mungkin termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor kad pengenalan/passport, alamat, pekerjaan, maklumat perbubungan, maklumat kewangan, jenis pakej dan/atau produk dan/atau perkhidmatan melanggan dan apa-apa maklumat lain yang perlu megenai diri anda dan urusan anda termasuk Maklumat Peribadi Sensitif.
•    “Maklumat Peribadi Sensitif” merujuk kepada maklumat yang berkaitan dengan kesihatan anda, pendapat politik, kepercayaan agama dan lain-lain.

1.    Jenis Maklumat Peribadi Kami Kumpul Dan Bagaimana Kami Kumpulkan Ia

Bagi membolehkan kami mengendali pertanyaan anda atau untuk menyediakan anda dengan perkhidmatan kami, kami mungkin perlu mengumpul, mengguna, mendedah dan menyimpan (iaitu “memproses”) Maklumat Peribadi dan/atau kewangan anda. Maklumat Peribadi dan/atau kewangan seperti diperlukan antara lain untuk:

a.    Mengesahkan pengenalan peribadi dan latar belakang anda;
b.    Membekalkan anda dengan mana-mana perkhidmatan yang berkaitan

Kami juga boleh mendapatkan maklumat di atas daripada anda dari sumber-sumber berikut:
a.    Hubungan anda dengan kami, sebagai contoh, maklumat yang diberikan oleh anda apabila menggunakan perkhidmatan kami, apabila mengambil bahagian dalam kaji selidik pelanggan dan semasa pelaksanaan semakan kewangan;
b.    Komunikasi lisan, bertulis dan/atau elektronik anda dengan kami;
c.    Pihak ketiga yang berkaitan dengan anda, seperti ahli kedua;
d.    Mana-mana sumber lain yang anda telah berikan persetujuan anda untuk mendedahkan maklumat berkaitan dengan anda dan/atau di mana tidak terhad sebaliknya.

Maklumat Peribadi yang kami kumpulkan boleh dikategorikan samada mandatori atau pilihan. Maklumat Peribadi mandatori adalah maklumat anda yang kami perlukan supaya kami dapat menyediakan anda dengan perkhidmatan yang diperlukan. Jika anda tidak memberikan kami Maklumat Peribadi mandatori, kami tidak akan dapat menyediakan anda dengan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut. Maklumat Peribadi pilihan adalah maklumat anda yang tidak wajib untuk diberikan kepada kami. Jika anda tidak mahu menyediakan Maklumat Peribadi pilihan anda, anda masih boleh memohon untuk perkhidmatan kami.

2.    Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat Peribadi Anda

Selain daripada yang dinyatakan di atas, kami mungkin menggunakan Maklumat Peribadi anda untuk satu atau lebih daripada maksud yang berikut:

a.    Mengurus dan mengekalkan maklumat anda melalui kemaskini berterusan, penyatuan dan meningkatkan ketepatan rekod kami. Dengan cara ini kami boleh bertindak balas kepada pertanyaan, aduan dan secara amnya menyelesaikan pertikaian dengan pantas supaya kami boleh meningkatkan perniagaan kami dan hubungan anda dengan kami;
b.    Menjalankan penyelidikan untuk tujuan analisis, pencarian data dan analisis transaksi/penggunaan perkhidmatan untuk lebih memahami keperluan masa hadapan. Kami juga akan menghasilkan data, laporan dan statistik dari semasa ke semasa, bagaimanapun maklumat tersebut akan dijumlahkan supaya identiti anda akan kekal sulit.
c.    Mematuhi kehendak mana-mana undang-undang yang terikat seperti pengisian Borang ROC 32 dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
d.    Mengaturkan perniagaan dengan rakan bergabung yang berkenaan seperti pelancongan dan perjalanan agensi-agensi, syarikat pertukaran percutian, kedai-kedai mengambil bahagian untuk menyediakan perkhidmatan tambahan dari semasa ke semasa.
e.    Data peribadi anda mungkin dikongsi dengan entiti lain dalam Bahagian Perlancongan dan Rekreasi SEDC untuk makluman promosi atau pemasaran yang mungkin menarik minat anda.
f.    Apa-apa maksud lain yang dikehendaki atau dibenarkan oleh mana-mana undang-undang, peraturan-peraturan, garis panduan dan/atau pihak berkuasa yang berkaitan.

Kami akan mendapatkan kebenaran anda sebelum menggunakan Maklumat Peribadi anda untuk tujuan selain daripada yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini dan/atau dalam terma mana-mana perjanjian anda dengan Sara Worldwide Vacations Berhad.

3.    Pendedahan Maklumat Peribadi Anda

Sebagai sebahagian daripada menyediakan anda dengan perkhidmatan kami, kami mungkin dikehendaki untuk mendedahkan maklumat tertentu mengenai anda kepada pihak ketiga seperti berikut:

a.    ejen-ejen kami, pembekal perkhidmatan, rakan-rakan niaga atau afiliasi, vendor dan/atau penasihat profesional yang membantu kami dalam pemprosesan, mentadbir, memenuhi transaksi atau menyediakan perkhidmatan menambah nilai yang anda minta;
b.    mana-mana orang yang diberi kuasa atau dilantik oleh anda untuk memberi arahan kepada kami bagi pihak anda;
c.    mana-mana orang yang berkaitan dengan penguatkuasaan atau pemeliharaan mana-mana hak kami atau memindahkan hak-hak dan obligasi di bawah perjanjian anda dengan kami;

Sebaliknya, kami tidak akan mendedahkan maklumat anda kepada orang lain, kecuali di mana:
a.    kami dikehendaki atau dibenarkan untuk berbuat demikian oleh undang-undang;
b.    dikehendaki atau dibenarkan oleh mana-mana perintah mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa, sama ada kerajaan atau separa kerajaan yang mempunyai bidang kuasa ke atas Sara Worldwide Vacations Berhad
c.    kami boleh memindahkan hak dan obligasi di bawah perjanjian kami dengan anda; dan/atau
d.    kami diperlukan untuk memenuhi kewajipan kami kepada mana-mana pihak berkuasa yang berkenaan

Tetapi sila yakin, bahawa pada setiap masa, kami akan menghormati dan melindungi privasi dan kerahsiaan Maklumat Peribadi anda.

4.    Keselamatan Maklumat Peribadi Anda

Kami meletakkan seluruh kepentingan dalam memastikan keselamatan dan kerahsiaan Maklumat Peribadi dan berterusan mengkaji semula dan melaksanakan pengemaskinian langkah-langkah keselamatan teknikal dan organisasi apabila memproses Maklumat Peribadi anda.

5.    Penyimpanan Maklumat Peribadi

Maklumat Peribadi anda akan disimpan selaras dengan Notis Privasi ini dan/atau terma dan syarat perjanjian anda dengan Sara Worldwide Vacations Berhad bagi jangka masa hubungan anda atau untuk apa-apa tempoh sebagaimana yang perlu untuk melindungi kepentingan kedua-dua pihak Sara Worldwide Vacations Berhad dan anda. Penyimpanan tersebut juga adalah diperlukan sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang atau mengikut polisi dalaman kami.

6.    Hak Anda Untuk Megakses Dan Membetulkan Maklumat Peribadi

Jika anda ingin mengakses dan/atau membuat pembetulan kepada Maklumat Peribadi anda, anda boleh membuat permohonan dengan menggunakan Borang Permohonan Akses Data kami atau Borang Permohonan Pembetulan Data. Borang-borang ini boleh didapati di laman sesawang Easturia Vacation Club, www.easturia.com.my dan kami akan berusaha untuk mematuhi permohonan anda untuk mengakses dan/atau membetulkan Maklumat Peribadi anda dalam masa 21 hari selepas menerima permohonan lengkap anda dan yuran pemprosesan yang relevan.

Muat turun borang:

  1. Borang Permohonan Akses Data
  2. Borang Permohonan Pembetulan Data

Sila ambil perhatian bahawa kami boleh menahan akses kepada Maklumat Peribadi anda dalam keadaan tertentu, sebagai contoh apabila kami tidak dapat mengesahkan identiti anda, di mana maklumat yang diminta adalah bersifat sulit secara komersial atau apabila terdapat permintaan berulang untuk maklumat yang sama. Walau bagaimanapun, kami akan memberitahu anda sebab-sebab kami tidak dapat akur dengan permintaan anda. Kami berhak meminta lebih banyak bukti bertulis untuk mengelakkan kejadian penipuan dan/atau maklumat yang tidak tepat.

Untuk membolehkan kami memberikan perkhidmatan yang lebih baik, kami memerlukan bantuan anda untuk terus menyimpan Maklumat Peribadi anda yang telah dikemas kini.

7.    Di mana Maklumat Peribadi Diberikan Oleh Anda Tidak Lengkap

Ia mungkin wajib bagi anda dalam keadaan tertentu untuk menyediakan Maklumat Peribadi tertentu untuk membolehkan kami memproses permohonan anda atau untuk melanggan beberapa perkhidmatan kami yang lain. Jika anda tidak dapat atau enggan memberikan apa-apa Maklumat Peribadi mandatori, kami mungkin tidak dapat memproses permohonan anda atau menyediakan anda dengan perkhidmatan tersebut.

8.    Semakan Kepada Notis Privasi

Notis Privasi kami boleh disemak dari semasa ke semasa dan jika terdapat sebarang semakan, ia akan dipaparkan di laman sesawang Easturia Vacation Club dan/atau lain-lain cara komunikasi yang dianggap sesuai oleh kami. Walau bagaimanapun, sebarang semakan akan mematuhi APDP.

9.    Pertanyaan / Aduan

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan mengenai Notis Privasi ini, anda boleh menghubungi Pegawai Perlindungan Data kami seperti berikut:-

No. Telefon        :    (60) 82 – 238 007        No. Faks    : (60) 82 – 248 007
Emel        :    kch_memberservice@saraworldwide.com.my (Untuk Perhatian : Pegawai Perlindungan Data)
Alamat surat menyurat    :    Unit W22-01 & 02, Level 22, Gateway Kuching, No.9, Jalan Bukit Mata, 93100 Kuching, Sarawak

10.    Konflik
Dalam keadaan berlakunya sebarang konflik antara Notis Perlindungan Data Peribadi ini dalam Bahasa Inggeris dengan Notis Perlindungan Data Peribadi ini dalam Bahasa Malaysia yang sepadan dengannya, terma-terma Notis dalam Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

Kami percaya bahawa anda mengizinkan dan bersetuju dengan syarat-syarat berkenaan pemprosesan maklumat peribadi anda oleh kami di atas. Jika anda tidak mengizinkan kepada yang di atas, sila hubungi kami melalui maklumat perhubungan yang disediakan di atas.

(Klik di sini untuk Salinan Notis Peribadi)

Yang benar
Sara Worldwide Vacations Berhad
(Easturia Vacation Club)

 


get more info.